Kesinambungan Karangan
Ayat-ayat yang ditulis di dalam sesebuah karangan memerlukan kesinambungan. Kesinambungan ini bermaksud ayat-ayat yang ditulis mesti mempunyai kaitan cerita secara berterusan.
Penggunaan Penanda Wacana merupakan salah satu cara yang baik untuk membolehkan karangan yang ditulis mempunyai kesinambungan idea dan isi.
Dengan menggunakan Penanda Wacana, satu ayat dapat dihubung atau dirangkai dengan ayat yang seterusnya.
Contoh- contoh Penanda Wacana yang sesuai digunakan:
Pada masa itu/Ketika itu, Kemudian/Selepas itu, Sebelum itu, Oleh itu/Oleh yang demikian/Dengan itu/ Dengan demikian, Sementara itu/Manakala, Di samping itu, Ini disebabkan/Ini kerana,Walau bagaimanapun/Namun begitu/Namun demikian/Sungguhpun demikian, Tidak lama kemudian, Selepas..., Sebelum..., Kemungkinan/Mungkin, Akhirnya, Selain, Lagipun

Sangat bagus ~~
BalasPadamTerima kasih!!!!
Padam