Pelajar sedang belajar menulis karangan!
LANGKAH MENULIS KARANGAN!!!!
Jumaat, 9 November 2012
Pelajar sedang belajar menulis karangan!
Rabu, 7 November 2012
Kesinambungan Karangan
Ayat-ayat yang ditulis di dalam sesebuah karangan memerlukan kesinambungan. Kesinambungan ini bermaksud ayat-ayat yang ditulis mesti mempunyai kaitan cerita secara berterusan.
Penggunaan Penanda Wacana merupakan salah satu cara yang baik untuk membolehkan karangan yang ditulis mempunyai kesinambungan idea dan isi.
Dengan menggunakan Penanda Wacana, satu ayat dapat dihubung atau dirangkai dengan ayat yang seterusnya.
Contoh- contoh Penanda Wacana yang sesuai digunakan:
Pada masa itu/Ketika itu, Kemudian/Selepas itu, Sebelum itu, Oleh itu/Oleh yang demikian/Dengan itu/ Dengan demikian, Sementara itu/Manakala, Di samping itu, Ini disebabkan/Ini kerana,Walau bagaimanapun/Namun begitu/Namun demikian/Sungguhpun demikian, Tidak lama kemudian, Selepas..., Sebelum..., Kemungkinan/Mungkin, Akhirnya, Selain, Lagipun
Mereka Formula Karangan
1.) Murid-murid di SJK selalu digalakkan menghafal karangan. Kadang-kadang cara ini menjadi berkesan dan kadang-kadang memberi kesan yang buruk kepada murid.
2.) Dengan cara menghafal, murid-murid tidak dapat memahami isi kandungan karangan dengan baik.
3.) Sekiranya bentuk karangan dihafal tidak keluar dalam ujian atau peperiksaan, pasti mereka tidak dapat menulis karangan dengan baik.
4.)Oleh yang demikian, murid seharusnya boleh membina ayat-ayat sendiri dan mengingat isi-isi karangan. Mereka tidak sepatutnya hanya menghafal karangan.
5.) Dalam topik ini, murid-murid mereka formula karangan sendiri. Ini bertujuan memudahkan murid-murid memahami isi-isi karangan dengan cara yang terbaik.
2.) Dengan cara menghafal, murid-murid tidak dapat memahami isi kandungan karangan dengan baik.
3.) Sekiranya bentuk karangan dihafal tidak keluar dalam ujian atau peperiksaan, pasti mereka tidak dapat menulis karangan dengan baik.
4.)Oleh yang demikian, murid seharusnya boleh membina ayat-ayat sendiri dan mengingat isi-isi karangan. Mereka tidak sepatutnya hanya menghafal karangan.
5.) Dalam topik ini, murid-murid mereka formula karangan sendiri. Ini bertujuan memudahkan murid-murid memahami isi-isi karangan dengan cara yang terbaik.
Selasa, 6 November 2012
Penulisan Karangan Sempurna
1.)Penulisan Karangan Sempurna merupakan satu penulisan karangan yang baik dan sesuai dengan tahap UPSR.
2.)Menulis karangan yang sempurna perlu menggabungkan semua kemahiran yang telah dipelajari dalam topik-topik sebelumnya.
3.)Syarat-syarat penulisan karangan yang sempurna:
- Murid tahu bagaimana membina Ayat Dasar seperti di bawah:
(ii) Ayat Dasar yang mengandungi Kata Kerja (ADKK)
(iii)Ayat Dasar yang mengandungi Kata Adjektif (ADKA)
- Murid perlu tahu bagaimana mengembangkan Ayat-ayat Dasar dan Ayat-ayat Dasar dikembangkan menjadi Ayat-ayat Majmuk apabila diperlukan dengan menggunakan Kata Hubung.
- Murid perlu tahu mengaitkan suatu ayat dengan ayat yang lain dalam karangan dengan menggunakan Penanda Wacana supaya menjadi satu karangan yang paling sempurna.
5.)Namun demikian, murid tidak perlu memaksa semua ayat dimasukkan semua jenis kemahiran. Ini bergantung kepada kesesuaian ayat yang dibina.
6.)Dalam topik ini, perkataan-perkataan tertentu/isi-isi penting diberi untuk menjadi panduan dan latihan kepada murid.
7.)Terdapat dua bentuk karangan:
(i)Karangan Berformat
Contoh jenis karangan
(a)Laporan
(b)Ucapan
(c)Surat Rasmi
(d)Surat Tidak Rasmi
(e)Catatan
(f)Wawancara
(g)Dialog
(h)Berita
(i)Syarahan
(j)Kad Jemputan
(k)Perbahasan
(ii)Karangan Tidak Berformat
(a)Biografi
(b)Autobiografi
(c)Cereka
(d)Melengkapkan Cerita
(e)Peribahasa
(f)Perbincangan
(g)Keperihalan
(h)Rencana
(i)Fakta
(i) Ayat Dasar Mengandungi Kata Nama (ADKN)
Rumus ADKN:
Subjek + Kata Nama
Contoh:
Subjek + Kata Nama
Encik Lim peniaga.
(ii) Ayat Dasar Mengandungi Kata Kerja(ADKK)Rumus ADKK Transitif:
Subjek + Kata Kerja Transitif + Objek
Contoh:
Subjek + Kata Kerja Transitif + Objek
Siew Chin membeli hadiah.
Rumus ADKK Tak TransitifSubjek + Kata Kerja Tak Transitif
Contoh:
Subjek + Kata Kerja Tak Transitif
Mereka berkawad.
(iii) Ayat Dasar Mengandungi Kata Adjektif(ADKA)
Rumus ADKA:
Subjek + Kata Adjektif
Contoh:
Subjek + Kata Adjektif
Muniandy malang.
Langgan:
Ulasan (Atom)



